TAKTIKAL PINTAR MPPG SC KEKALKAN REKOD TANPA KALAH

Melihat MPPG SC bermain di Padang MBPG 1 sesuatu yang sangat menyeronokkan dengan corak permainan yang tersusun di 2 perlawanan langsung di siarkan di KMFC TV. Perlawanan pertama di antara mereka menentang Johor Port FC dan kedua menentang Esquina FC.

MPPG SC bermain dengan sangat baik pada perlawanan menentang Johor Port FC yang berkesudahan mereka memenangi perlawanan tersebut 2-1. Namun perlawanan tersebut hanya berlangsung selama lebih kurang 70 minit sahaja akibat daripada faktor perlawanan dimulakan lewat.

Dalam perlawanan tersebut MBPG bermain sangat baik dengan corak permainan yang nampak tersusun rapi. Mereka menunggu,mengatur dan menekan di kawasan tertentu dalam 1 unit. Mereka tidak menggunakan kudrat atau tenaga pemain secara berlebihan.

Keserasian mereka juga sangat membantu dalam kombinasi permainan yang pelbagai. Mereka kerap bertukar arah serangan dan tidak gentar bermain di kawasan mereka sendiri melibatkan penjaga gol meskipun terdapat tekanan diberikan oleh pemain Johor Port.

Namun begitu Johor Port yang terlebih dahulu mendahului pada minit 23 menerusi satu tolakan mudah selepas kekalutan di dalam kawasan penalti belaku.

Selepas itu MPPG SC kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 30 menerusi satu cut back dan berjaya ditolak mudah oleh pemain penyerang MPPG SC.

Gol ke-3 perlawanan ini hadir pada minit 40 di separuh masa pertama,di babak akhir perlawanan. Selepas itu kedua-dua pasukan hanya dapat bermain selama 27 minit.

MPPG SC 3-3 ESQUINA FC

Seperti perlawanan menentang Johor Port FC,pasukan MPPG SC bermain dengan 4-4-1-1 namun ketika menyerang akan berubah menjadi 3-2-3-2,kenaikan Right Back dan Left Back membantu serangan.

Pada perlawanan yang berkesudahan seri 3-3 ini,MPPG SC banyak ditewaskan daripada pergerakan larian bijak pemain Esquina FC pergi ke Zon 16 dan 18 dan melakukan cut back seterusnya percubaan dilakukan.

Gol ketiga Esquina FC juga dihasilkan daripada pergerakan serupa. Meskipun tekanan yang baik diberikan oleh pemain mereka dan dapat melakukan clearance. Bola singgah tepat di kaki pemain Esquina FC dan satu percubaan cantik daripada luar gol dihasilkan.

Disebalik kepintaran sesebuah taktikal mana-mana pasukan akan ada ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan pasukan lawan.

Corak permainan pasukan MPPG SC yang menarik ini  terhasil daripada kualiti pemain yang dimiliki serta disiplin pasukan secara unit ketika menyerang dan bertahan.

Namun ada ketikanya mereka tertewas dengan individu seperti pemain berjersi nombor 10 Esquina FC dan pemain berjersi nombor 19 bagi pasukan Johor Port FC.

Semoga banyak lagi perlawanan langsung melibatkan pasukan MPPG SC dapat dilihat di KMFC TV selepas kita pulang daripada cuti Ramadhan dan Aidilfitri,Insha Allah.

Leave a Reply