REUNION UNITED BERMAIN LEBIH BAIK NAMUN GAGAL MENCATATKAN KEPUTUSAN SEKURANG-KURANGNYA SERI

Perlawanan di antara Saroja FC dan Reunion United(RUTD) berlangsung dengan sangat baik. Keputusan masa penuh 5-4 namun ternyata corak permainan RUTD lebih menarik untuk ditonton.

RUTD bijak menggunakan kedua-dua pemain sayap kiri dan kanan mereka semasa mengatur serangan. Mereka banyak bermain hantaran pendek dan juga kombinasi wall pass dan larian masuk melepasi pemain pertahanan antara corak permainan yang ditunjukkan pasukan RUTD.

Selain itu mereka juga berjaya mengawal bola dengan baik di barisan tengah sehinggakan pasukan Saroja FC buntu melepasi barisan tengah dan terpaksa menggunakan hantaran jauh ke hadapan menewaskan Saroja FC di dalam perlawanan yang mana kedua-dua pasukan juga dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan.

Antara faktor lain yang memisahkan RUTD dan Saroja FC adalah ketaksuban mereka menggunakan high defensive line yang kelihatan memakan diri pasukan. RUTD gagal menyaingi kelajuan pemain hadapan Saroja FC ketika hantaran tepat dilakukan oleh pemain tengah dan juga penjaga gol.

Ketika RUTD mencari gol penyamaan ketika itulah mereka seringkali dihukum. RUTD seharusnya lebih bersedia dengan pemain yang lebih bertenaga dan berkelajuan tinggi sekiranya ingin ingin menambah bilangan pemain di hadapan dan sekiranya berlaku serangan balas pantas haruslah turun untuk memberikan sokongan.

Untuk isu kecergasan pula jelas kedua-dua pasukan mempunyai isu yang sama di setke-4 yang mana jelas kelihatan sudah ramai pemain sudah mula memperlahankan rentak permainan. Namun peluang terhidang di sentuhan terakhir ketika perlawanan hampir tamat yang gagal disempurnakan adalah satu kerugian untuk pasukan. Mereka perlu menyalahakan diri sendiri dan bangkit di perlawanan persahabatan akan datang kerana corak permainan mereka sudah baik cuma perlu disesuaikan dengan keadaan semasa perlawanan.

Leave a Reply