PERLAWANAN PERSAHABATAN KMFC DIAKHIRI DENGAN 1 MENANG DAN 2 SERI

Satu perlawanan persahabatan telah pun dilangsungkan di Padang Taman Impian Emas melibatkan saingan 4 penjuru di antara KMFC,EQ RICH,KIFC dan IEDT. Perlawanan ini melibatkan 2 kategori iaitu bawah 10 dan 12 tahun namun KMFC menghantar hanya bawah 12 tahun.

Penjaring kepada perlawanan persahabatan ini adalah Mukriz,Naufal dan Zikri. Perkara menariknya Zikri berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. 4 gol terhasil dalam perlawanan ini dan penjaga gol dibolosi sebanyak 2 kali.

Perlawanan ini bertujuan bagi menguji 9 pemain utama yang akan membawa saingan di Liga Suparimau dan juga pada masa sama melihat kekuatan pemain simpanan. KMFC juga akan diperkuatkan dengan beberapa tonggakĀ importĀ daripada program lain bagi memberikan saingan di dalam liga.

Perlawanan juga bertujuan menguji seorang lagi penjaga gol yang berusia 11 tahun yang akan mengharungi saingan bawah 12 tahun ini memandangkan masih tiada penjaga gol berusia 12 tahun bersama KMFC buat masa sekarang.

Kredit harus diberikan pada jurulatih dan pemain kerana berusaha keras selepas berehat begitu lama daripada sebarang aksi kompetitif akibat pandemik Covid-19.

Leave a Reply