PENJAGA GOL SAROJA CEMERLANG BANTU KEMENANGAN 5-4 TERHADAP REUNION UNITED

Perlawanan persahabatan di antara Saroja FC menentang Reunion United ini dilangsungkan pada 20 Mac 2021 (Sabtu) di Stadium Educity Sports Complex,Nusajaya. Kedua-dua pasukan dikhabarkan tidak pernah bertemu dalam mana-mana perlawanan persahabatan dan ini menjadikan perlawanan ini menarik untuk disaksikan.

Perlawanan ini sangat menarik apabila kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berbeza tetapi menghiburkan. Reunion United(RUTD) bermain dengan hantaran pendek dan pergerakan pantas mereka melalui sayap kiri dan kanan manakala Saroja FC pula menggunakan ketepatan hantaran ke hadapan sama ada melalui pemain tengah atau penjaga gol terus ke hadapan mencari penyerang.

Namun kali ini saya ingin menceritakan sedikit bagaimana penjaga gol Saroja FC mampu membantu pasukan memenangi perlawanan ini.

Pada perlawanan ini meskipun dibolosi sebnayak 4 kali tetapi terdapat beberapa hantaran penjaga gol menjadi bantuan gol dan juga hantaran tepat sebelum memberi masalah kepada pemain pertahanan RUTD.

Gol kelima juga adalah hasil daripada hantaran tepat mencari rakan di hadapan sebelum rakan beliau melakukan satu percubaan menewaskan penjaga gol sekaligus sumbangan kedua penjaga gol dalam perlawanan ini. Beliau juga cemerlang apabila kekal tenang dalam situasi 1 lawan 1 semasa aksi terakhir perlawanan dan jika tidak pasukan RUTD boleh menyamakan kedudukan.

 

 

 

Leave a Reply