MELDRUM HAMPIR MENANG DENGAN 2 ANGKA

Perlawanan di antara Meldrum FC dan Perkeso FC berakhir dengan keputusan 9-2 yang dilangsungkan di Stadium Educity Sports Complex,Nusajaya. Perlawanan ini ternyata memihak Meldrum FC sepanjang perlawanan berlangsung.

Meldrum FC menggunakan peluang yang terhidang dengan baik meskipun pada set ke-3 dan ke-4 kedua-dua pasukan sudah mula menunjukkan keletihan dan posisi pemain sudah mula tidak teratur.

Meskipun begitu perlawanan ini berjaya membawa sebanyak 2400 tontonan dan 45 perkongsian di halaman Facebook KMFC TV.

Secara jujurnya perlawanan ini menarik di set pertama dan kedua namun intensiti permainan dikurangkan dengan drastik di set ke-3 dan ke-4. Meldrum FC mudah menolak masuk gol pertama mereka pada minit ke-20 selepas satu hantaran cantik dilakukan oleh pemain Meldrum FC melepasi pertahanan Perkeso FC.

Selepas itu gol ke-2 Meldrum FC hadir menerusi gerakan cantik pemain hadapan mereka yang tidak dapat dikejar pemain pertahanan d an mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol. Gol ke-3 juga melalui larian pantas yang sama namun kesilapan pemain pertahanan Perkeso FC yang sedikit ke bawah memberikan masalah kepada pasukan mereka dan menghukum mereka untuk gol ke-3 sebelum wisel separuh masa ditiupkan.

Gol ke-4 adalah satu gol yang menarik untuk dibincangkan apabila kualiti hantaran mencari ruang yang cukup sempurna dan juga waktu larian dilakukan oleh pemain juga sangat bijak. Selepas itu percubaan yang dilakukan gagal diselamatkan oleh penjaga gol meskipun beliau boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.

Pada minit ke-28 di set ke-2 barulah Meldrum FC dibolosi dan juga gol pertama pasukan Perkeso FC. Gol ini terhasil apabila barisan pertahanan menjangkakan pemain Perkeso FC berada dalam kedudukan ofsaid.

Selepas itu Meldrum FC terus menambah gol mereka pada set ke-3 untuk keputusan semasa 5-1. Meldrum terus menguasai permainan dengan jaringan demi jaringan dihasilkan dengan keputusan 6-1,7-1,8-1 sehinggalah pasukan Perkeso FC menambahkan gol saguhati mereka yang ke-2 pada minit ke-10 menerusi satu sepakan percuma menarik selepas pemain mereka dikasari ketika melakukan serangan pantas balas.

Gol terakhir perlawanan iaitu gol ke-9 Meldrum FC sepatutnya tidak boleh terhasil sekiranya penjaga gol membuat keputusan tepat selepas keluar untuk melakukan clearance. Namun tindakan itu memakan diri selepas bola berjaya dirampas dan satu tolakan mudah pada minit  ke-22. Selepas itu tiada pertambahan gol daripada kedua-dua pasukan yang telah menghasilkan 11 gol dalam perlawanan ini.

 

Leave a Reply