KMFC TV AKAN MENJADI PLATFORM SIARAN LANGSUNG DAN ARTIKEL

Laman sesawang www.kotamasaifc.com akan diubah kepada www.kmfctv.com dalam masa terdekat dan akan meliputi lebih banyak perkara berkaitan bolasepak selain KMFC itu sahaja. Ini adalah seiring dengan langkah memperkasakan perkhidmatan KMFC TV selaku penyiar siaran langsung bolasepak di Johor Bahru. Selepas tamat perlawanan bolasepak,pengikut bolasepak boleh membaca ulasan perlawanan mereka dan memperbaiki kelemahan mereka.

Ianya lebih padat kerana hanya 5 kategori diperkenalkan dalam artikel iaitu:

  1. KMFC
  2. KMFC TV
  3. BOLASEPAK MALAYSIA
  4. BOLASEPAK JOHOR
  5. SEMBANG WAKTU REHAT

Ini untuk memastikan sasaran pembaca lebih mudah mencari artikel berkaitan. Selain itu,ini adalah usaha mudah dan ringkas meningkatkan lagi jenama KMFC dan KMFC TV sekaligus memberikan aura tersendiri untuk sebuah kelab bolasepak akar umbi di Johor.

Nantikan artikel menarik dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply