GOONERS DT TEWASKAN MRM JB DALAM PERLAWANAN YANG SANGAT MENARIK

Pada perlawanan sebelum ini Gooners DT tewas kepada Futsal Mix JB dengan keputusan 

Namun barisan pemain yang berbeza telah membalas kepercayaan pengurus pasukan mereka selepas berjaya mempamerkan aksi menarik dalam perlawanan persahabatan yang berkeputusan masa penuh Gooners DT 1-0 MRM JB.

Perlawanan kali ini dapat dilihat disiplin yang tinggi oleh pemain pertahanan kedua-dua pasukan terutamanya di aspek pertahanan sekali gus hanya satu jaringan dapat dihasilkan pada set ketiga.

Gooners DT mendapat peluang menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-4 di set pertama selepas sepakan penjuru pasukan MRM JB berjaya ditanduk oleh pemain pasukan Gooners DT. Penjaga gol MRM JB melakukan satu tindakan cemerlang untuk keluar menafikan percubaan tersebut.

Perlawanan seterusnya dihiasi serangan bertali arus oleh kedua-dua pasukan. Penjaga gol bertindak cemerlang dalam memimpin barisan pertahanan masing-masing.

Di set kedua sekali lagi Gooners DT memiliki peluang pada minit ke-2 apabila satu gerakan melepasi perangkap offside namun gagal menolak masuk bola tersebu meskipun beliau juga mempunyai pilihan untuk melakukan hantaran kepada rakannya.

MRM JB juga memiliki peluang terbaik mereka pada minit ke-8 di set kedua selepas sepakan percuma pantas di dalam kawasan kotak penalti mereka terus mencari rakan yang melakukan larian di sebelah kiri dan satu hantaran lintang rendah berjaya mencari rakan namun tolakan lemah beliau gagal menghasilkan gol.

Perlawanan sebegini kekal sehingga tamat set kedua. Perlawanan bersambung di set ketiga dan akhirnya gol tunggal perlawanan bagi pasukan Gooners DT hari juga di set ketiga meskipun ada bantahan mengatakan pemain yang menolak masuk bola selepas gagal ditangkap kemas itu berada dalam kedudukan offside. 

Perlawanan sedikit tegang dan beberapa kekasaran sering kali dilakukan ketika pemain gagal mengejar yang dapat melepasi kawalan mereka. Namun kredit harus diberikan pada pengadil perlawanan kerana mampu mengawal perlawanan dengan agak baik.

 

Leave a Reply