FUTSAL MIX JB GABUNGKAN SKIL FUTSAL TEWASKAN GOONERS DT

Gooners DT adalah gabungan pemain yang menyokong Arsenal di sekitar Johor menentang barisan anak muda daripada Futsal Mix JB sememangnya memberikan satu perlawanan yang unik dan menarik. Ini kerana corak permainan persis futsal ditonjolkan pada set pertama dan ke-3 sebelum perlawanan mulai perlahan di set ke-3.

Gooners DT terlebih dahulu kelihatan bermasalah melepasi barisan tengah dan juga pertahanan Mix JB akibat kesilapan mereka sendiri yang gagal memberikan hantaran yang tepat. Selain itu mereka juga sedikit buntuk dengan idea untuk melepasi barisan pertahanan dan pergerakan mereka mudah dibaca pasukan FMJB

Corak permainan pantas dengan sentuhan yang minimum,kawalan bola menarik dan juga kreatif dalam pergerakan oleh FMJB mereka menghiasi perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 4-1.

Gol pertama FMJB hadir pada minit ke-4 di set yang pertama menerusi satu percubaan yang baik namun gagal dikeluarkan dengan sempurna oleh penjaga gol sselepas itu rakan beliau hanya perlu menolak masuk mudah bola tersebut.

Selepas itu mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-28 sebelum menambah jaringan mereka hasil daripada satu lagi hantaran daripada bahagian tengah menghantar bola kepada rakan yang membuat larian di sebelah kanan dan percubaan di sudut yang sukar berjaya menerjah gawang Gooners DT,keputusan semasa 2-0.

Di set ke-2 pasukan Gooners DT cuba bangkit daripada ketinggalan dan mereka melakukan perkara yang tepat iaitu meningkatkan intensiti permainan. Tekanan diberikan ketika pemain FMJB memiliki bola dilakukan dengan sempurna sehingga beberapa kali FMJB melakukan kesilapan dan Gooners DT mendapat penguasaan bola.

Namun perkara yang membezakan Gooners DT dan FMJB adalah idea dan kualiti hantaran dilakukan. Ketika Gooners DT memiliki bola dan berada dalam situasi serangan balas pantas ianya disia-siakan oleh sama ada kawalan bola kurang kemas atau pilihan yang tidak tepat.

Selepas 10 minit Gooners DT menguasai perlawanan FMJB kembali bermain seperti di set pertama mereka. Akhirnya FMJB berjaya mendapatkan jaringan di minit ke-40 set kedua perlawanan menerusi satu binaan serangan daripada kawasan sendiri. Pergerakan untuk gol ke-3 hanya memerlukan 3 hantaran dan 4 pemain terlibat sebelum pemain mereka menolak masuk mudah.

Gooners DT berjaya memperolehi gol sagu hati mereka pada minit ke-8 di set ke-3 selepas sepakan percuma mereka berjaya mencari rakan yang membuat larian dan mudah menolak masuk bola leret ke dalam gawang FMJB. Usaha yang baik sebenarnya daripada Gooners DT dan mereka memang berhak mendapat gol tersebut kerana set ketiga adalah lebih baik daripada set sebelumnya buat mereka.

Gol ke-4 FMJB adalah satu gol individu terbaik yang pernah dihasilkan dalam siaran langsung KMFC TV oleh seorang pemain pertahanan. Gol ini mengakhiri perlawanan yang cukup sempurna bagi FMJB dan pengajaran berguna bagiĀ  Gooners DT di perlawanan persahabatan akan datang.

Leave a Reply